Skip to main content

Rule 001 - Saya hari ini

"Saya hari ini" sebenarnya macam jadual apa nak buat hari ini. Todo list, tetapi catat untuk hari ini sahaja.

Boleh gunakan Evernote, OneDrive, GoogleDrive, Samsung Note atau apa saja.

Ingat pepatah ini:
Rancangkan kerja, kerjakan rancangan.

Catatkan masa, dan aktiviti utama. Termasuk waktu solat 5 waktu. Jika nak baca Quran, atau ada zikir nak dibuat, boleh letak dalam jadual harian ini yang kita namakan sebagai "Saya hari ini"

Ini contoh catatan "Saya hari ini"

===========
20201008
===========
0550 : Mandi, Subuh
0615 : Running, lepak
0700 : Meeting - content strategy utk 5 brands. 
0830 : Daily meeting
0900 : Kerja
1330 : Zohor
0500 : Asar
0700 : Mandi, Maghrib
0900 : Isya, lepak
1030 : listen time, tido

Seterusnya, sejauh mana kau boleh follow apa yang kau jadualkan. Target mestilah sempurna. Kalau minggu tersebut, solid dapat manfaatkan masa sebaik apa yang dicatat, kalau sebulan, kalau genap setahun, muka pon ada senyum. Puas hati dgn pencapaian sendiri.

Tetapi, jangan kecewa bila tak dapat follow. Hal-hal keluarga, kematian, sakit dan banyak lagi perkara yang diluar rancangan kita, skip sajalah "Saya hari ini". 

Impaknya, mungkin down dan malas nak catat "Saya hari ini". Itu perkara biasa. Skiplah beberapa hari. Nanti, kembali mencatat dan mengharap masa dapat dimanfaatkan sebaiknya catatan "Saya hari ini".

Ingat, ini amalan atau tabiat paling utama. Ini adalah kunci Sukses yang pertama. Simpan elok-elok kunci ini dan ingat untuk beramal dengannya sampai bila-bila.

Comments