Skip to main content

Trak pandu sendiri Uber beraksi di Arizona

Lori Uber Pandu Sendiri


Uber hari ini mengumumkan bahawa trak pandu sendirinya telah memulakan operasi di Arizona semenjak beberapa bulan lalu.

Syarikat itu berkata ia mempunyai dua pusat pemindahan utama di Sanders dan TopockPihak Uber juga sedang memantau ketat maklumat operasi ini. Sebagai contoh, Uber tidak berkongsi  dengan pihak media dan umum, berapa biji trak yang mereka digunakan, dan sejauh berapa batu telah mereka pergi dengan trak ini, apakah barang yang mereka bawa dengan trak tersebut dan berepa kerapkah pemandu trak mengambil alih pemanduan. Mereka hanya memberitahu pihak media, sehigga kini, trak mereka telah pon menyempurnakan ribuan perjalanan.

Anda boleh melihat bagaimana sistem trak pandu sendiri ini berfungsi dalam video di bawah. Apa yang dirancang adalah trak akan membawa barang dari satu hub, ke satu hub yang lain dan semua ini termasuk data penghantaran boleh di kawal melalui aplikasi oleh Uber Freight.

Uber telah membuat penghantaran pertamanya dengan sistem ini pada 2016 yang lalu dengan  mengangkut 2,000 kotak Budweiser dari Fort Collins ke Colorado dan seterusnya ke Colorado Springs.

Trak pandu sendiri Uber ini sebenarnya adalah hasil daripada pengambilalihan syarikat Otto pada tahun 2016, perjanjian yang akhirnya membawa kepada pertikaian undang-undang utama dengan Waymo. Uber dan Waymo bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini bulan lepas dan dilaporkan kini kedua-dua pihak sedang mempertimbangkan untuk menjadi rakan kongsi.

Comments